BENGKEL PENUBUHAN C4SS SEP-OKT 2019

 

Beberapa siri bengkel telah diadakan untuk membincangkan penubuhan Pusat Tanggung Jawab baharu yang berperanan untuk memperkasakan agenda 2030 SDG iatu pembangunan kelestarian berasaskan maqasid syariah.  Sesungguhnya Islam begitu kaya dengan saranan dan pendidikan yang menekankan aspek kelestarian seperti kebersihan, penjimatan sumber, prihatin dengan golongan fakir miskin dan anak yatim, prihatin dan mesra alam sekitar dn lain-lain.  Alhamdulilah, kertaskerja telah diluluskan pada 8 Oktober 2019 dan Pusat Kelestarian & Kesejahteraan USIM mula ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 2020. Moga kewujudan C4SS akan meletakkan USIM terkehadapan dalam mendepani isu-isu berkaitan kelestarian dengan membawa penyelesaian dari Islam untuk ummah sejagat. Seeru ála barakatillah.

,