1 MAC 2020

SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA

TAMAN BOTANI PERDANA, KUALA LUMPUR

Pada setiap tahun 1 Mac telah diistiharkan hari Landskap sedunia. USIM turut dijemput untuk hadir dalam majlis Majlis Perasmian Sambutan Hari Landskap Negara 2020 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Rosida Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  Tema tahun ini ‘Generasi Muda Mencorak Landskap Negara’ dipilih untuk  memupuk semangat mesra alam sekitar daripada golongan generasi muda. Team C4SS serta 30 orang pelajar USIM turut hadir memeriahkan majlis dengan penanaman 200 buah anak pokok.  Terima kasih kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Pm Dr Rushdan Jailani yang telah meluluskan peruntukan untuk membiayai sarapan dan t-shirt peserta.