14 FEBRUARI 2020

BENGKEl PELAN STRATEGIK & HALATUJU PEMBANGUNAN KELESTARIAN USIM

LOUNGE EKSEKUTIF, BANGUNAN CANSELORI USIM

 

Satu fasa penting dalam penubuhan C4SS , untuk membincangkan halatuju serta inisiatif yang perlu dilaksanakan bersama sebagai warga USIM dalam memperkasakan pembangunan kelestarian dengan pendekatan dari Islam.  Kehadiran para peserta terdiri dari wakil-wakil Ptj sangat memberansangkan  USIM termasuk wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar USIM.  Sokongan dan komitmen dari mantan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), pencetus idea penubuhan Ptj ini turut memberikan satu motivasi kepada C4SS untuk terus melangkah ke hadapan.

 

Beberapa idea bernas seperti Buletin,  Blue Print on USIM Green Campus,  Infac Apps untuk makanan percuma turut di bincangkan serta pertemuan berkala untuk memantau perkembangan dan kemajuan aspek inisiatif kelestarian oleh warga USIM. Moga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah dalam meninggikan syiar Islam dalam membawa penyelesaian yang relevan dengan semasa untuk ummah sejagat.