6 Januari 2020

1. Mesyuarat Pengurusan C4SS BIL 1/2020

Alhamdulilah dengan tertubuhnya Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan (C4SS) secara rasmi pada 1 Januari 2020, mesyuarat pertama telah dijalankan dipengerusikan oleh Pengarah pertama yang dilantik Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina  yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam aspek kelestarian khususnya tenaga, bangunan hijau dan alam sekitar. 

 

2. Perbincangan Projek Basikal dan Skuter , Eco FunRide D USIM dengan En Johan,  Anywheel, Singapura.

Rakan strategik ,Anywheel, sebuah syarikat dari Singapura yang  mempunyai cawangan di Malaysia seperti Penang , Damansara dan Subang Jaya bekerjasama dengan C4SS untuk mengetengahkan budaya sihat berkongsi berbasikal sambil mengurangkan jumlah jejak karbon dalam alam sekitar.  Apps telah dibangunkan untuk para pelajar, staf atau orang awam untuk menyewa dan menggunakan basikal sekitar kampus USIM.   Dapatkan khdimat ini Mizan Park berhadapan Kolej Kediaman 1, USIM. Apps boleh dimuat turun dari Google Playstore atau Appstore.