MESYUARAT BERSAMA MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG
KPG SENTOSA JAYA, PAROI , NEGERI SEMBILAN BERKAITAN PENGANJURAN PROGRAM KARNIVAL PAROI BERSIH 2020

 

Pada 20 hb Februari 2020, pasukan C4SS telah bertemu wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Pkg Sentosa Jaya, Paroi, Negeri Sembilan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha MPKK, Kpg Sentosa Jaya, En Abdullah bin Othman.  Beberapa aktiviti telah dicadangkan seperti gotong royong keceriaan kawasan, lukisan mural, program motivasi serta berkebun dengan penglibatan pelajar USIM khususnya Green Caliph, Urusetia Rekacipta dan Inovasi (UREKA), Sekretariat Perintis Youth USIM dan Sekretariat Kesukarelawanan Mahasiswa, USIM.  Cadangan tarikh program pada 4hb April 2020.

 

25 Februari 2020 Mesyuarat susulan untuk penyelarasan bersama dengan wakil SW Corp, SWM , Persatuan Belia Setia, wakil DUN Paroi, Penghulu, wakil Masjid Taqwa Paroi, Yayasan Negeri Sembilan dan Sekolah Menengan Seri Pagi . Turut hadir wakil badan-badan pelajar UREKA, SPY USIM dan SKM.